← Back to list

COVID-19: Sepupu Neelofa Umur 7 Bulan Turut Dijangkiti

Mar 21, 2020


Sepupu kepada pelakon dan pengacara, Neelofa, dilaporkan positif wabak COVID-19.

Memetik hantaran oleh Neelofa di laman Twitter, sepupu beliau yang dikenali sebagai Noor Sameera binti Haji Mohd Nazlee, 7 bulan, dilaporkan positif wabak berkenaan selepas menjalani pemeriksaan kesihatan.

sepupu neelofa berusia 7 bulan sah positif covid-19

Neelofa juga meminta agar orang ramai mendoakan sepupunya ini kembali pulih daripada jangkitan wabak COVID-19 ini.

Untuk rekod, setakat 21 Mac, Malaysia mencatatkan 1,183 kes positif COVID-19 dengan empat kes kematian dan 114 kes daripada jumlah ini juga telah pulih.

Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.

Sumber: Neelofa


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi