← Back to list

Kanada Lulus Vaksin COVID-19 Untuk Bayi Berusia 6 Bulan

Jul 27, 2022


Kanada telah memberi lampu hijau kepada mereka berusia enam bulan hingga lima tahun untuk menerima vaksin COVID-19, berikutan kajian saintifik terbaru mendapati ia selamat dan berkesan terhadap golongan kanak-kanak, menurut Health Canada.

kanada lulus vaksin covid-19 untuk bayi berusia 6 bulan

“Selepas kajian saintifik yang menyeluruh dan bebas terhadap bukti, jabatan telah menentukan bahawa vaksin itu selamat dan berkesan untuk mencegah COVID-19 pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan dan 5 tahun,” kata Agensi Kesihatan Awam Kanada menerusi satu hantaran di Twitter.

Kelulusan itu adalah untuk vaksin Moderna yang mana ia akan diberikan dalam amaun satu perempat dari dos dewasa, dengan jumlah dua dos pada jarak satu bulan.

Menurut Health Canada, ia bakal mendatangkan kesan sampingan ringan termasuk mengantuk dan hilang keinginan untuk makan, serta lain-lain.

 

Sumber: The Sun


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi