← Back to list

Garis Kabur Pada Ujian Kit Kendiri COVID-19 Tanda Positif? Ini Penjelasan Pakar

Jul 20, 2022


Adakah garisan samar yang dilihat pada kit ujian kendiri COVID-19 membawa maksud bahawa anda positif?

Ya, kata pakar.

garis kabur pada ujian kit kendiri covid-19 tanda positif? ini penjelasan pakar

“Ia (kit ujian kendiri COVID-19) bukan ujian yang amat sensitif, bermakna anda perlu mempunyai jumlah virus yang mencukupi pada diri hanya untuk membuatkan ujian antigen rumah itu berfungsi sama sekali,” kata Omai Garner, profesor klinikal bersekutu dan pengarah mikrobiologi klinikal di UCLA Health.

Tetapi itu tidak bermakna yang ia sentiasa mudah dibaca.

“Kadang-kadang ia bukan satu satu garisan (yang terang); ia boleh menjadi seolah-olah seperti kabur,” jelas Dr. Amy Mathers pula, selaku profesor bersekutu perubatan dan patologi dan pengarah bersekutu mikrobiologi klinikal di Sekolah Perubatan Universiti Virginia.

“Lagi-lagi dengan angka COVID yang menular, ia harus dianggap positif sehingga terbukti sebaliknya,” tambah Mathers.

Bagaimanapun, jika anda ingin mengesahkan keputusan itu, anda boleh mengambil ujian rapid antigen sekali lagi pada sehari atau dua hari kemudian.

Secara teorinya, lebih banyak protein virus yang terdapat pada seseorang individu itu, semakin gelap garisnya,” jelas Garner.

Tetapi ujian itu bukanlah direka untuk mengukur mana-mana perkara berkenaan, kata pakar.

“Ujian antigen ini adalah kualitatif, jadi ia tidak direka untuk memberi anda anggaran,  ‘Adakah terdapat banyak virus atau adakah terdapat sedikit virus?’” kata Dr. Emily Volk, Presiden Kolej Patologi Amerika.

Sebaliknya, ia sebenarnya hanya dimaksudkan untuk dibaca sebagai binari, iaitu positif atau negatif.

 

Sumber: [1]


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi