← Back to list

Kajian Dedah Subvarian Baru Omicron, BA.5, 4 Kali 'Kebal' Vaksin

Jul 18, 2022


Subvarian Omicron terbaru, BA.5 dilaporkan empat kali lebih ‘kebal’ terhadap vaksin COVID-19, menurut kajian baru yang diterbitkan dalam Nature.

kajian dedah subvarian baru omicron, ba.5, 4 kali 'kebal' vaksin

Subvarian BA.4 dan BA.5 kini mendominasi kes baru COVID-19 di Amerika Syarikat.

Kajian itu mendedahkan bahawa subvarian itu empat kali lebih tahan terhadap vaksin yang dicipta khusus untuk menangkis strain Omicron terdahulu, termasuk Pfizer dan Moderna.

Dalam laporan baru-baru ini, Mayo Clinic berkata subvarian itu sangat mudah berjangkit sehingga menyumbang kepada peningkatan kemasukan ke hospital dan kemasukan ke ICU.

Lebih membahayakan, mereka yang belum divaksinasi terhadap COVID-19 mempunyai kira-kira lima kali lebih tinggi peluang untuk dijangkiti virus itu berbanding mereka yang telah divaksin, manakala peluang untuk dimasukkan ke hospital adalah 7.5 kali lebih tinggi, dan peluang kematian 14 hingga 15 kali lebih tinggi, jelas Gregory Poland, Ketua Kumpulan Penyelidikan Vaksin Mayo Clinic.

Kedua-dua subvarian BA.4 dan BA.5 terlebih dahulu dikesan di Afrika Selatan pada April lalu dan merebak dengan cepat ke seluruh dunia serta mempunyai kadar transmisi yang tinggi. Ia membawa mutasi pada protein spike mereka yang mana bahagian virus itu melekat pada reseptor ACE2 pada sel manusia supaya ia boleh menembusinya.

Namun, masih belum jelas sekiranya subvarian BA.4 dan BA.5 berkembang daripada varian Omicron kerana pakar percaya ia mungkin berkembang daripada varian BA.2 Omicron yang dominan sebelum ini.

Sementara itu, ketua saintis WHO, Soumya Swaminathan meminta orang ramai bersiap sedia menghadapi gelombang baru COVID-19.

“Kita perlu bersedia untuk gelombang COVID-19 ini, setiap varian baru akan lebih mudah berjangkit dan mengelak imunisasi, bilangan yang lebih tinggi yang dijangkiti akan diterjemahkan kepada kemasukan ke hospital dan penyakit yang lebih besar. 

“Semua negara perlu mempunyai rancangan dipacu data untuk bertindak balas dengan cepat terhadap situasi yang berubah-ubah," tulis Swaminathan di Twitter.

Sumber: [1]


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi