← Back to list

Bill Gates Nafi Teori Mengarut Vaksin COVID-19 Ada Microcip

May 15, 2022


Sejak dua tahun lalu, satu teori konspirasi telah tersebar ke seluruh dunia kononnya vaksin COVID-19 mempunyai mikrocip dan boleh menjejak setiap pergerakan manusia.

bill gates nafi teori mengarut vaksin covid-19 ada microcip

Program vaksinasi COVID-19 yang dibuat secara besar-besaran ke seluruh dunia dilihat terganggu dek kerana teori mengarut itu, dan ia turut diselar oleh pengasas bersama Microsoft, Bill Gates.

.

Menurut beliau, dakwaan suntikan COVID-19 mempunyai cip mikro adalah satu teori yang tidak munasabah dan gila.

bill gates nafi teori mengarut vaksin covid-19 ada microcip

“Teori itu sangat gila sehinggakan saya tidak mampu berkata apa-apa selain ketawa besar,” katanya dalam satu wawancara menerusi program Today terbitan Radio BBC.

.

Sejak pemberian vaksin COVID-19, beliau sering dituduh dengan dakwaan penanaman mikrocip ke dalam tubuh manusia supaya beliau boleh menjejaki mereka secara digital. Beliau bagaimanapun menafikannya namun ia tidak cukup untuk menghentikan teori berkenaan.

.

“Adakah saya benar-benar boleh menjejaki orang menerusi suntikan vaksinasi?

“Saya mengeluarkan belanja berbilion dolar untuk vaksin COVID-19 tetapi saya tidak buat duit dengan vaksin.

“Pada saya, vaksin digunakan untuk menyelamatkan nyawa, iaitu sebagai alternatif kepada ubatan-ubatan,” tegasnya.

.

Beliau sekali lagi menegaskan supaya orang ramai segera mengentikan teori konspirasi yang mengarut itu.

.

“Beberapa orang pernah menjerit ke arah saya, menuduh saya menjejaki mereka menggunakan vaksin.

“Keadaan itu amat mengerikan dan oleh hal yang demikian, hentikan teori konspirasi mengarut ini,” ujarnya.

.

Sumber: [1]

 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi