← Back to list

Penduduk Shanghai Cirit-Birit Lepas Makan Catuan Makanan Diberi Pihak Bertugas

Apr 30, 2022


Ramai penduduk Shanghai dilaporkan jatuh sakit selepas mengambil bekalan makanan yang diedarkan pihak berkuasa semasa perintah berkurung COVID-19 masih dijalankan di bandar itu.

penduduk shanghai cirit-birit lepas makan catuan makanan diberi pihak bertugas

Orang ramai berkata bahawa mereka mengalami cirit-birit dan sakit perut selepas menjamu itik rebus dan bebola daging yang dikeluarkan pegawai tempatan, lapor Bloomberg.

Seorang penduduk bernama Chen Man memberitahu Mingguan Ekonomi China bahawa dia berasa loya selepas membuka bungkusan keluaran kerajaan yang mengandungi kaki itik yang direbus.

“Bau itik itu sangat kuat, ia mesti busuk,” katanya kepada outlet itu sambil menambah bahawa dia muntah tiga kali kerana bau tersebut.

Pihak berkuasa tempatan menghantar bungkusan yang mengandungi keperluan harian secara berkala, termasuk daging dan sayur-sayuran, kepada penduduk Shanghai yang tidak dapat meninggalkan rumah mereka akibat perintah berkurung yang ketat.

Bagaimanapun, bungkusan tersebut meraih perhatian ramai selepas beberapa penduduk mendakwa mereka menerima makanan yang telah tamat tempoh atau busuk.

Dalam catatan Selasa mengenai isu itu di platform Weibo, seorang pengguna mengatakan beberapa orang di kawasan kediaman sama mengalami cirit-birit selepas makan bebola daging rebus dan ikan salai dari bungkusan itu.

Menurut Bloomberg, beberapa jawatankuasa kejiranan telah mengarahkan penduduk membuang barangan makanan yang dipersoalkan manakala pegawai berkata mereka akan menyiasat perkara itu.

Isu catuan makanan berkualiti rendah menambahkan lagi kekecewaan penduduk yang bergelut mendapatkan makanan.


Sumber: [1]


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi