← Back to list

Ketua Kumpulan Anti-Vaksin di Jepun Diberkas Polis Akibat Terjah Klinik Vaksinasi

Apr 25, 2022


Salah seorang ketua kumpulan anti-vaksin Jepun ditahan polis selepas didakwa menceroboh klinik vaksin kanak-kanak awal bulan ini.

ketua kumpulan anti-vaksin di jepun diberkas polis akibat terjah klinik vaksinasi

Hiroyuki Kuraoka, 43, yang memimpin YamatoQ, telah ditangkap berkaitan dengan pencerobohan kumpulan anti-vaksin yang disyaki ke atas klinik vaksinasi pada 7 April, menurut laporan media Jepun, Nikkan Gendai.

Menurut Japan Today, semasa kejadian, ahli kumpulan itu didakwa duduk di klinik vaksin yang terletak di Tokyo itu lebih dari sejam dan melaungkan “vaksinasi adalah jenayah”.

Terdahulu, kumpulan sama pernah mengadakan beberapa demonstrasi termasuk protes bulan lalu di stadium besbol Tokyo Dome yang digunakan sebagai tempat vaksinasi.

Di sebalik bantahan anti-vaksin dan konspirasi berkenaan COVID-19, Jepun merekodkan salah satu kadar vaksinasi tertinggi di dunia.


Sumber: [1]


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi