← Back to list

Ujian Nafas Kesan Virus COVID-19 Dapat Kelulusan FDA

Apr 19, 2022


Kit ujian COVID-19 pertama yang berupaya mengesan virus COVID-19 telah mendapat kelulusan penggunaan kecemasan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubat (FDA).

ujian nafas kesan virus covid-19 dapat kelulusan fda

Dibangunkan oleh InspectIR Systems, kit ujian ini dikenali sebagai COVID-19 Breathalyzer mempunyai saiz bagasi dan boleh digunakan di pejabat mahupun lapangan. Keputusan juga boleh diperoleh dalam masa kurang tiga minit.

.

Menurut InspectIR Systems, alat itu didakwa mampu mengesan lebih 91 peratus sampel positif dan 100 peratus sampel negatif. Ia juga mampu mengesan varian yang lebih sukar dikesan seperti Omicron.

ujian nafas kesan virus covid-19 dapat kelulusan fda

Bagaimanapun menurut FDA, keputusan positif masih perlu disahkan menerusi ujian PCR.

.

“Keizinan yang diberikan menandakan satu lagi contoh inovasi pantas yang berlaku menerus ujian diagnostik terhadap Covid-19.

“FDA akan terus menyokong pembangunan melibatkan ujian Covid-19 yang  baharu dengan matlamat memajukan teknologi bagi membantu menangani wabak semasa dan meletakkan AS dalam keadaan lebih baik untuk menghadapi situasi kecemasan kesihatan awam seterusnya,”kata pengarah Pusat Peranti dan Kesihatan Radiologi FDA, Jeff Shuren dalam satu kenyataan.

.

Sumber: [1]

 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi