← Back to list

Pakar Minta Orang Ramai Tetap Waspada Walaupun Dalam Fasa Peralihan Endemik

Apr 13, 2022


Nahas kereta kabel yang berlaku di India mengorbankan sekurang-kurangnya tiga orang dan menyebabkan berpuluh-puluh mangsa berjuntai di udara.

pakar minta orang ramai tetap walaupun dalam fasa peralihan endemik

Kemalangan tersebut melibatkan kira-kira 48 orang dalam perjalanan di sepanjang lereng curam menuju ke Bukit Trikut di daerah Deoghar di timur negeri Jharkhand yang mana tiga kereta kabel bertembung antara satu sama lain pada Ahad lalu.

Akibat pelanggaran itu, 12 kereta kabel dikatakan tersangkut di talian.

Dua wanita dilaporkan maut dalam kemalangan itu sementara 10 mangsa lagi cedera parah.

Dua pelancong yang melompat keluar dari kereta kabel mereka akibat panik turut mengalami kecederaan serius.

Menurut pegawai bertanggungjawab, kejadian itu berpunca daripada masalah teknikal, walaupun punca sebenar masih belum dapat dipastikan.

Tentera Udara India (IAF) mengerahkan dua helikopter model Mi-17 dan Mi-17 V5 untuk memudahkan operasi menyelamat oleh anggota Komando Garud IAF dan Pasukan Tindak Balas Bencana Kebangsaan (NDRF).

Sementara itu, anggota polis sempadan Indo-Tibet turut terlibat dalam operasi menyelamat.

Helikopter itu digunakan untuk menarik mereka yang terkandas keluar dari kereta kabel manakala dron menghantar makanan dan air kepada mangsa lain yang menunggu untuk diselamatkan.

Serama 20 mangsa telah diselamatkan dan sekurang-kurangnya 20 lagi masih menunggu untuk diselamatkan 24 jam selepas kejadian itu, lapor agensi berita PTI.

Trikut Ropeway yang terletak di Jharkhand, India, merupakan laluan tali gantung menegak tertinggi di negara itu dan popular dengan pelancong dan jemaah yang ingin melawat kuil di situ.

Laluan kereta kabel itu mempunyai panjang kira-kira 766 meter sementara ketinggian bukitnya adalah 392 meter.


Sumber: [1]


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi