← Back to list

Penduduk Shanghai Menjerit Tak Tahan Kena ‘Lockdown’ Lebih Seminggu, Bekalan Makanan Semakin Kurang

Apr 12, 2022


Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan penduduk Shanghai menjerit dari tingkap apartmen masing-masing akibat dilarang keluar rumah selama lebih seminggu.

Memetik laporan The Sun, kes harian COVID-19 yang semakin meningkat menyebabkan penduduk bandar ketiga terbesar di dunia itu dikenakan perintah berkurung sejak 5 April lalu.

penduduk shanghai menjerit tak tahan kena ‘lockdown’ lebih seminggu, bekalan makanan semakin kurang

Malah, bekalan makanan juga dilaporkan semakin kehabisan berpunca daripada perintah tersebut dan mereka tidak dibenarkan keluar rumah untuk membeli keperluan barangan asas.

Rakaman video menunjukkan keadaan waktu malam di Shanghai yang tertera blok-blok  pangsapuri dan kedengaran suara jeritan meminta makan dan ubat dari bangunan tersebut.

Aplikasi-aplikasi penghantaran makanan turut menunjukkan bahawa kebanyakan kedai telah kehabisan stok sehingga membuatkan penduduk semakin tertekan dan menderita.

Sumber: The Sun, Kosmo Online
 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi