← Back to list

Tiga Produk Rawatan COVID-19 Ini Terima Kelulusan Bersyarat di Malaysia

Apr 08, 2022


Pil antiviral Molnupiravir kini telah pun menerima kelulusan pendaftaran bersyarat bagi rawatan COVID-19 di Malaysia.

tiga produk rawatan covid-19 ini terima kelulusan bersyarat di malaysia

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kapsul Lagevrio itu diluluskan untuk merawat COVID-19 kategori ringan hingga sederhana pada orang dewasa yang mempunyai sekurangnya satu faktor risiko untuk mendapat gejala yang serius.

.

Keputusan itu dibuat selepas mendapat persetujuan dari Mesyuarat Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kali ke-371.

.

Selain itu, PBKD juga memberikan kelulusan bersyarat untuk tambahan indikasi bagi penggunaan dua produk berdaftar bagi rawatan COVID-19 iaitu Baricitinib (kapsul Olumiant) dan Tocilizumab (cecair Actemra).

tiga produk rawatan covid-19 ini terima kelulusan bersyarat di malaysia

Olumiant digunakan bagi merawat COVID-19 pada dewasa yang dimasukkan ke hospital dan kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas yang memerlukan oksigen tambahan, pengudaraan mekanikal bukan invasif atau invasif, atau pengoksigenan membran extracorporeal (extracorporeal membrane oxygenation (ECMO)).

.

Manakala Actemra pula digunakan bagi merawat orang dewasa yang dimasukkan ke hospital yang menerima kortikosteroid secara sistemik dan memerlukan oksigen tambahan atau pengudaraan mekanikal.

.

Tambah beliau lagi, ketiga-tiga produk ini bukanlah untuk menggantikan vaksinasi COVID-19.

"KKM ingin memaklumkan bahawa kelulusan pendaftaran bersyarat ini memerlukan maklumat kualiti, keselamatan dan keberkesanan produk antivirus dipantau serta dinilai secara berterusan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), berdasarkan data-data terkini dari semasa ke semasa.

"Ia bagi memastikan perbandingan manfaat-risiko (benefit over risk) bagi produk tersebut kekal positif.

"KKM akan terus komited untuk mempertingkatkan akses rakyat kepada ubat–ubatan bagi tujuan rawatan atau pencegahan penularan COVID-19 di Malaysia, dengan memastikan ia dinilai dengan sewajarnya berdasarkan aspek kualiti, keselamatan dan keberkesanan," katanya.

.

Sumber: [1]

 

 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi