← Back to list

Virus Bawaan Serangga Mungkin Jadi Punca Pandemik Akan Datang

Apr 06, 2022


Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran akan bahaya virus bawaan serangga yang boleh menjadi potensi kepada pandemik di masa akan datang.

virus bawaan serangga mungkin jadi punca pandemik akan datang

Menurut WHO, kumpulan virus bawaan serangga yang dinamakan Arbovirus itu boleh menyebarkan wabak termasuk demam kuning, Zika, Chikungunya dan juga demam denggi. Penyebaran kepada manusia adalah melalui gigitan serangga seperti nyamuk dan kutu.

.

Ekoran itu, kumpulan virus ini telah menimbulkan kebimbangan dan kini menjadi pendahulu dalam senarai kemungkinan wabak seterusnya yang mungkin boleh mencetuskan pandemik.

virus bawaan serangga mungkin jadi punca pandemik akan datang

Lebih membimbangkan, kategori virus itu hidup di kawasan tropika dan subtropika yang menjadi tempat tinggal kira-kira 4 bilon penduduk.

.

Pakar kini sedang merancang strategi bagi mengelakkan kemungkinan pandemik ini daripada berlaku.

.

Terdahulu, sejak 2016 sudah lebih 89 negara menghadapi wabak Zika seluruh dunia, dengan risiko demam kuning yang juga telah meningkat serta demam denggi yang turut menjangkiti 390 juta orang setiap tahun di 130 negara.

.

Sumber: [1]


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi