← Back to list

Warga Emas Belum Booster Rekod Kematian Tertinggi Akibat COVID-19

Apr 05, 2022


Kes kematian akibat COVID-19 yang direkodkan di Malaysia ketika ini banyak tertumpu pada golongan warga emas berusia 60 tahun ke atas, khasnya yang masih belum menerima dos penggalak vaksin COVID-19.

warga emas belum booster rekod kematian tertinggi akibat covid-19

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat sejumlah 864,450 warga emas berusia 60 tahun keatas yang kini belum menerima booster vaksin COVID-19.

.

Menurutnya lagi, kes kematian akibat virus itu yang direkodka ketika ini banyak tertumpu kepada golongan ini, terutamanya yang belum menerima suntikan dos penggalak.

.

"864,450 warga emas (>60) masih belum menerima booster.

"Kes kematian sekarang banyak tertumpu kepada golongan tersebut, terutama yang belum boosted.

"Dalam fasa peralihan ini, kita harus melindungi golongan yang berisiko tinggi seperti orang tua kita.

"Get them boosted," katanya.

warga emas belum booster rekod kematian tertinggi akibat covid-19

Menerusi data yang dikongsikan beliau, sejak lima minggu lepas kadar kematian dalam kalangan warga emas berusia 80 tahun ke atas mencatatkan peratusan tertinggi berbanding kumpulan usia lain.

.

Selain itu, beliau turut menasihatkan orang ramai untuk terus kekal waspada dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.

.

"Alhamdulillah masjid mula penuh untuk solat berjemaah. Terus pakai pelitup muka dengan cara yang betul.

"Masking properly (especially indoors) w/ good ventilation will be crucial in us managing COVID-19," ujarnya.

 

Sumber: [1]

 

 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi