← Back to list

Henti Amalan Check-In MySejahtera? Ini Kata Menteri Kesihatan

Mar 31, 2022


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan tempoh sekurang-kurangnya sebulan diperlukan bagi membuat keputusan sama ada amalan daftar masuk (check in) ke mana-mana premis menerusi aplikasi MySejahtera dihentikan.

henti amalan check-in mysejahtera? ini kata menteri kesihatan

Menurut menterinya, Khairy Jamaluddin berkata KKM akan meneliti corak mobiliti penduduk dan jangkitan COVID-19 berikutan pembukaan sempadan negara, aktiviti berbuka puasa serta kelonggaran dibenarkan mulai esok, 1 April 2022.

.

Tambahnya, jika tiada perubahan ketara, amalan check-in ini mungkin boleh dihentikan.

.

Beliau berkata demikian selepas mengulas saranan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) bahawa amalan check in ini boleh dihentikan tatkala negara telah memasuki fasa peralihan endemik.

.

Sebelum ini, amalan imbas suhu dan buku rekod daftar masuk ke mana-mana premis telah dimansuhkan, namun daftar masuk MySejahtera masih diteruskan.

.

Sumber: [1]

 

 

 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi