← Back to list

Sarawak Melaporkan Dua Lagi Kematian Pesakit COVID-19, Jumlah Terkorban Di Sarawak Seramai Tiga Orang

Mar 21, 2020


Dua lagi kematian pesakit COVID-19 di Sarawak telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah terkorban akibat wabak COVID-19 di sana meningkat seramai tiga orang kini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) melaporkan dua lagi kematian akibat COVID-19, menjadikan jumlah mangsa korban wabak itu seramai enam orang dalam negara.

Dua mangsa tersebut merupakan ibu dan anak perempuan dari satu keluarga yang sama, masing-masing berumur 79 dan 40 tahun.

Mangsa pertama keluarga ini telah meninggal dunia pada jam 2 pagi 18 Mac, manakala mangsa kedua telah meninggal pada jam 1 petang 21 Mac.

“Pelaporan kes kematian pertama akibat COVID-19 dari keluarga ini lambat diterima dari hospital swasta merawat kes kerana menunggu keputusan ujian makmal yang dihantar ke makmal swasta di Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan itu, hari ini.

Seorang lagi ahli keluarga masih lagi menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak dan memerlukan bantuan pernafasan mekanikal.

sarawak melaporkan dua lagi kematian pesakit covid-19, jumlah terkorban di sarawak seramai tiga orangsarawak melaporkan dua lagi kematian pesakit covid-19, jumlah terkorban di sarawak seramai tiga orang

Setakat ini, Sarawak mencatat 10 kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah bilangan kes di Sarawak sebanyak 68 kes.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Astro AWANI


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi