← Back to list

Tempahan Temu Janji Vaksin Kanak-Kanak Akan Dibuka Melalui MySejahtera

Jan 21, 2022


Tempahan bagi temu janji pemberian vaksinasi kepada golongan kanak-kanak berusia 5 hingga bawah 12 tahun akan dibuka mulai hujung bulan ini melalui aplikasi MySejahtera.

tempahan temu janji vaksin kanak-kanak akan dibuka melalui mysejahtera

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin sebagai permulaan untuk ibu bapa mula mendaftar anak mereka sebagai tanggungan dalam aplikasi berkenaan.

 

Katanya tempahan janji temu vaksinasi bagi golongan berkenaan akan mula dibuka secara berperingkat mulai hujung bulan ini bagi mereka yang tinggal di kawasan Lembah Klang.

 

"Pelancaran program pemberian vaksinasi kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun akan diadakan pada 3 Februari depan di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur.

"Tempahan janji temu vaksinasi bagi kanak-kanak berusia lima hingga bawah 12 tahun akan dibuka secara berperingkat bermula 31 Januari dan dibuka kepada ibu bapa yang tinggal di Lembah Klang dahulu.

"Perincian mengenai akses kepada sistem tempahan janji temu akan dimaklumkan dalam masa terdekat," katanya.

 

Buat masa ini, vaksinasi COVID-19 adalah disyorkan kepada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun, dengan keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan kerana mereka lebih berisiko untuk mendapat penyakit COVID-19 yang teruk termasuk kemasukan ke hospital dan ke unit rawatan rapi (ICU) serta kematian.

 

Majikan juga disarankan untuk memberikan cuti tanpa rekod kepada ibu dan bapa yang perlu membawa anak mereka untuk vaksinasi serta membuat pemerhatian kepada kesihatan mereka selepas vaksinasi.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga meletakkan sasaran 70 peratus kanak-kanak dalam lingkungan usia terbabit mendapat satu dos vaksin Pfizer (kanak-kanak) dalam tempoh 2 bulan dari tarikh program dilancarkan pada awal Februari depan, dan 80 peratus menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan pelaksanaan.

 

Buat masa ini, vaksinasi COVID-19 tidak diwajibkan kepada kanak-kanak tetapi beliau berharap keluarga dapat di didik mengenai keselamatan dan keberkesanan vaksin itu.

 

Sumber: [1]


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi