← Back to list

Lebih 1 Juta Remaja Malaysia Kini Lengkap Vaksin

Oct 20, 2021


Kira-kira 33 peratus daripada populasi remaja yang bersamaan dengan 1,039,689 individu telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

lebih 1 juta remaja malaysia kini lengkap vaksin

Menurut portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan 79.1 atau 2,491,822 remaja di negara ini telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos. 94 peratus daripada populasi remaja yang bersamaan dengan 22,013,263 individu pula telah menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Sehubungan dengan itu, 97.2 peratus atau 22,764,203 daripada populasi dewasa telah memperoleh sekurang-kurangnya satu dos. 70.6 peratus atau 23,052,952 daripada populasi keseluruhan telah lengkap vaksin.

Manakala 77.3 peratus atau 25,256,025 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Angka tersebut sekali gus menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencecah 48,181,111 dos.

 

Sumber: [1]


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi