← Back to list

Nak Rentas Negeri? Buatlah Penilaian Kendiri Sebelum Lakukan Perjalanan

Oct 15, 2021


Kebenaran rentas negeri dibenarkan bagi individu yang telah lengkap divaksinasi namun prosedur operasi standard (SOP) sedia ada masih terpakai.

Kementerian Kesihatan Malaysia menasihatkan orang ramai yang mahu rentas negeri agar menjalankan penilaian kendiri terlebih dahulu iaitu Test, Report, Isolate, Inform, Seek. 

nak rentas negeri? buatlah penilaian kendiri sebelum lakukan perjalanan

#1 - Semak kawasan yang ingin dilawati 

Gunakan Hotspot tracker di aplikasi MySejahtera anda untuk meneliti jika terdapat banyak kes aktif di kawasan destinasi anda. Anda dinasihatkan untuk menangguhkan dahulu perjalanan ke lokasi berkenaan.

#2 - Rancang pergerakan

Jika mahu pulang ke kampung mengunjungi ibu bapa, buatlah secara bergilir-gilir dengan adik-beradik yang lain.

nak rentas negeri? buatlah penilaian kendiri sebelum lakukan perjalanan

#3 - Tangguh perjalanan jika ada gejala

Sekiranya anda mempunyai demam atau gejala jangkitan saluran pernafasan ketika hari bertolak, anda dinasihatkan untuk menangguhkan dahulu perjalanan. 

#4 - Galak buat ujian saringan kendiri COVID-19

Anda digalakkan melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 sebelum membuat perjalanan ke kampung atau destinasi lain bagi mengurangkan punca jangkitan.

nak rentas negeri? buatlah penilaian kendiri sebelum lakukan perjalanan

#5 - Lengkap vaksinasi

Pastikan orang yang ingin berjumpa atau diri sendiri sudah lengkap divaksinasi bagi melindungi diri dan orang sekeliling.

#6 - Amalkan langkah-langkah pencegahan

Patuhilah SOP yang ditetapkan dengan memakai pelitup muka dengan betul, menjaga jarak fizikal dan elakkan mengunjungi tempat yang sesak.

#7 - Elakkan perkumpulan ramai ahli keluarga 

Sekiranya berkumpul, lakukan di tempat terbuka dan gunakan pensanitasi tangan sebelum dan selepas bersalaman atau bersentuhan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi