← Back to list

Menyayat Hati! Warga Emas Meninggal Dunia Akibat COVID-19, Ditemui Di Tepi Jalan

Jul 29, 2021


Seorang gelandangan berusia 80 tahun yang dijumpai mati di tepi jalan berhampiran Victory Monument di Bangkok disahkan positif COVID-19.

menyayat hati! warga emas meninggal dunia akibat covid-19, ditemui di tepi jalan

Hasil pemeriksaan awal menggunakan kit ujian pantas mendapati mayat positif COVID-19 sebelum dihantar ke Hospital Ramathibodi bagi proses bedah siasat.

Terdahulu, lebih tiga mayat lelaki telah dilaporkan dan dijumpai terbaring di tepi jalan di Bangkok selama hampir 12 jam sebelum diambil oleh pihak berkuasa dan kumpulan amal.

menyayat hati! warga emas meninggal dunia akibat covid-19, ditemui di tepi jalan

Menurut Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-cha, beliau mengambil serius kejadian itu dan mengarahkan semua agensi berkaitan menyelesaikan insiden sebegitu.

Ia bagi memastikan pesakit segera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan dan kejadian sebegitu tidak akan diulangi lagi.

Sumber: AFP
 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi