← Back to list

Phuket Sandbox Mungkin Ditangguhkan Akibat Lonjakan Kes COVID-19 Dalam Kalangan Pelancong

Jul 29, 2021


Pulau peranginan terkenal Phuket menyaksikan peningkatan kes COVID-19 selepas ia dibuka semula untuk pelancong asing yang lengkap divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin wajib..

Menurut Statistik Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), lebih 79 kes baharu dilaporkan dari 19 hingga 25 Julai, dan 54 kes direkodkan pada dua hari pertama minggu ini (26 hingga 27 Julai).

phuket sandbox mungkin ditangguhkan akibat lonjakan kes covid-19 dalam kalangan pelancong

Malah, inisiatif Phuket Sandbox mungkin dihentikan seketika kerana sebelum ini kerajaan menyatakan program itu akan ditangguhkan jika lebih 90 kes dilaporkan dalam seminggu.

Menurut Gabenor Phuket, Narong Woonciew, beliau memaklumkan semua institusi pendidikan tempatan akan ditutup sehingga 16 Ogos selain pusat beli-belah dan tempat sukan ditutup sehingga 2 Ogos.

phuket sandbox mungkin ditangguhkan akibat lonjakan kes covid-19 dalam kalangan pelancong

Pihak berkuasa tempatan juga melarang perjumpaan awam melebihi 100 orang mulai Selasa.

Peningkatan kes COVID-19 ini juga berpunca daripada pengunjung memasuki pulau itu untuk mencari pekerjaan sejak ia dibuka semula.

Sejak Phuket membuka semula pintu pada 1 Julai, sejumlah 11,806 pelancong asing memasuki pulau itu dengan 26 daripadanya disahkan positif COVID-19 pada 26 Julai.

Sumber: Awani
 


All Asia Broadcast Centre, Technology Park Malaysia,

Lebuhraya Puchong-Sg. Besi, Bukit Jalil,

57000 Kuala Lumpur.


Tel: 03-95438888, Fax: 03-9543 5675

(Monday to Friday, 9am - 6pm)

E-mail: syokfeedback@audio1.com.my


Jika ada sebarang aduan :

Email: aduan-radio@audio1.com.my

Muat turun aplikasi kami


Temui kami di media sosial

Imbas untuk dapatkan aplikasi