“Aku Menangis Tiga Hari Kot, Sekarang Turn Kau Pula” Wanita Hantar 1000kg Bawang Kepada Bekas Kekasih

“aku menangis tiga hari kot, sekarang turn kau pula” wanita hantar 1000kg bawang kepada bekas kekasih

Macam-macam cara orang buat nak balas dendam dekat bekas kekasih kan?

Seorang wanita di China telah memesan 1,000 kilogram bawang. Kemudian bawang-bawang tersebut telah dihantar kepada bekas kekasihnya. Bukan setakat bawang je, perempuan tu juga ada menulis sekeping nota dan berbunyi,

“Aku menangis tiga hari kot, sekarang turn kau pula” tulis nota tersebut.

Perempuan yang dikenali sebagai Zhao itu berkata kepada pemberita dia melakukan perkara tersebut selepas menangkap teman lelakinya itu telah curang akannya. Dia mengetahui perkara tersebut selepas memeriksa telefon lelaki itu.

Selepas putus cinta, dia menyatakan bahawa dia terlalu bersedih dan menangis selama beberapa hari. Namun, bekas boyfriendnya pula hidup macam biasa tanpa ada rasa sedih atau menyesal dengan tindakannya.

Zhao merasakan perkara tersebut tidak adil dan telah mengambil keputusan untuk membuatkan lelaki itu turut merasai apa yang dirasaiya. Jadi, dia telah menghantar 1000kg bawang dan diletakkan di hadapan pintu rumah lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, ex-boyfriend Zhao ni telah menjual semula bawang tersebut dengan harga 1,000 yuan.

Nak buat ex-boyfriend yang sedih tapi yang betul-betul sedih adalah orang yang menghantar bawang tersebut. Betapa terkejutnya dia apabila melihat setimbun bawang ketika dia sampai di kawasan itu.

Penghantar tersebut juga menyatakan dia mengambil masa lebih kurang lima jam dan hampir 50 trip untuk mengangkut semua bawang tersebut turun dari traknya untuk dibawa ke rumah bekas kekasih Zhao.

Sumber: asiaone

ARTIKEL BERKAITAN