Warna Baju Melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Jadi Perhatian Netizen

warna baju melayu penyimpan mohor besar raja-raja jadi perhatian netizen

Sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah pun mengumumkan tarikh sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini.

Secara rasminya, Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 24 Mei 2020 iaitu pada hari Ahad ini. Penentuan tarikh ni dibuat berdasarkan Rukhyah dan Hisab.

Selain pengumuman tu, ada satu lagi yang menjadi perhatin netizen. Perkara yang dinanti-nantikan adalah warna baju melayu Tan Sri Syed Danial. Saban tahun, netizen akan cuba berteka-teki apakah warna baju melayu yang dipakai oleh beliau.

Tahun ini, beliau tampil dengan baju melayu berwarna Pastel Ungu. Whoaa lain dari yang lain eh! Korang teka betul tak?

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua. Raya-raya juga tapi jangan dilupa penjarakan sosial, kebersihan diri dan juga ikut segala SOP ok?

 

 

ARTIKEL BERKAITAN