Tuah Adzmi Enggan Selesa, Selepas Singlenya Terbarunya Dapat Sambutan

Penyanyi baru, Tuah Adzmi 21, akui enggan terlalu selesa selepas single terbarunya Insan Kau Cinta, mendapat sambutan.

tuah adzmi enggan selesa, selepas singlenya terbarunya dapat sambuta

Lagu tersebut menjadi trending di Youtube, dan setakat ini mendapat lebih 1.2 juta tontonan, selepas 3 minggu dimuatnaik.

"Secara jujurnya, saya tidak menyangka lagu itu menjadi trending di Youtube memandangkan saya masih hijau dalam industri seni tempatan.

"Selain itu, lagu Insan Kau Cinta turut bersaing dengan penyanyi lain yang keluarkan lagu baru seperti Floor 88 dan Ismail Izzani.

"Apa-apa pun saya bersyukur, lagu itu diterima semua pendengar dan saya amat berterima kasih dengan sokongan yang diberikan mereka,” katanya ketika dihubungi SYOK.

tuah adzmi enggan selesa, selepas singlenya terbarunya dapat sambuta

Tambah Tuah, dia akan terus giat mempromosikan lagu itu di semua stesen radio dan TV tempatan.

"Lagu Insan Kau Cinta ini sebenarnya lebih diketahui menerusi platform digital, saya perlu berusaha lebih keras untuk mempromosikan lagu ini di stesen radio dan tv.

"Saya harap perancangan saya menjadi dan tercapai terutama dimainkan di stesen radio tempatan.

Tuah Adzmi aktif di Youtube sejak berusia 15 tahun dan kini lebih serius untuk menjadi penyanyi di industri muzik tanah air.

 

Oleh: Shahdin