SYOK Menuju Ke Bandar-Bandar Di Sekitar Malaysia dengan SYOK Weh!

syok menuju ke bandar-bandar di sekitar malaysia dengan syok weh!

Semua dijemput hadir ke SYOK Weh! bermula 9 November 2019 di empat lokasi di sekitar Malaysia: AEON Klebang, Ipoh (Nov 9), Kuantan Parade, Kuantan (Nov 16), Amanjaya Mall, Sungai Petani (Jan 4) dan Dataran Pahlawan, Melaka (Jan 11).

Berhibur dengan persembahan langsung daripada artis-artis tempatan terkenal seperti Ara Johari, Rejuvenate Dance Crew, Aamin Yusoff, Lil J, Usop, Hael Husaini, Jacqueline Tan, William Tan dan Danny Koo.

Temui juga personaliti-personaliti radio termasuklah Radin, Haniff, Danial (ERA), Jep, Rahim, Angah dan Elizad (SINAR), Shah dan Ewan (GEGAR), Joe, Christal, Catherine dan Maq (GOXUAN), Yoon (MY), dan Kogulan (RAAGA).

Dengan hanya memuat turun aplikasi SYOK, semua boleh menikmati pengalaman SYOK yang merangkumi ‘SYOK Spin and Win’, peluang menangi hadiah bernilai RM1,000 dan alat telekomunikasi yang menarik; ‘Be a SYOK Influencer’, kamera Glam 360° yang menyediakan gambar dan GIFs untuk laman media sosial; dan ‘SYOK Games’, untuk permainan interaktif berkonsep larian dan kayuhan basikal yang menawarkan hadiah dari SYOK.

Maklumat lanjut SYOK Weh! di sini:

syok menuju ke bandar-bandar di sekitar malaysia dengan syok weh!

Muat turun aplikasi SYOK melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk dapatkan maklumat tentang SYOK Weh! dan nikmati radio, video, podcast dan peraduan!