Selesai pengesahan rujuk, isteri kepada Farid Kamil, Diana Danielle kini berharap agar prosiding perceraian mereka yang akan bersambung pada 2 Disember depan dapat diselesaikan dengan segera.
“Alhamdulillah, segala urusan berjalan lancar hari ini. Selepas ini, proses perceraian pula akan diteruskan.
“Saya tidak mempunyai banyak perkara untuk dikongsi buat masa ini, tetapi saya mohon doa daripada semua agar proses perceraian dapat diselesaikan dengan segera.
“Itu adalah yang terbaik untuk semua pihak. Saya juga mendoakan segala kebaikan untuk semua yang terlibat,” katanya dalam Instagram Story hari ini.
Sumber: Kosmo