Angka COVID-19 Catat Kes Positif Harian Tertinggi Sebanyak 3,309 Kes Untuk Hari Semalam

covid-19: lagi 1,741 kes positif baharu dilaporkan, 7 kematian baharu dicatatkan

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia telah melaporkan terdapat 3,309 kes positif di seluruh negara. Jumlah itu merupakan kes harian tertinggi yang pernah dilaporkan oleh pihak KKM.

Daripada jumlah itu, 3,303 kes merupakan kes tempatan dan enam kes import. Secara keseluruhannya terdapat 141,533 kes di seluruh negara.

Kes sembuh baharu pula adalah sebanyak 1,469 kes. Secara keseluruhannya KKM telah menyelesaikan 110,584 kes.

Jumlah kes aktif mencecah 30,000 kes apabila KKM menyatakan terdapat 30,390 kes aktif. Daripada jumlah itu, 190 daripadanya ditempatkan dalam ICU dan 83 kes diberi bantuan alat pernafasan.

Angka kematian turun meningkat apabila empat lagi kematian dicatatkan. Secara keseluruhannya, kes kematian melibatkan angka ini telah mencecah 559 kes.

SUmber: KKM

ARTIKEL BERKAITAN