Suri Rumah Jadi Mangsa Penipuan Syiling Lama, Rugi RM 7, 500

 

suri rumah jadi mangsa penipuan syiling lama, rugi rm 7, 500

Seorang suri rumah dari Kuantan telah mengalami kerugian bernilai RM 7, 500 selepas terpedaya dengan penipuan syiling lama.

Modus operandi yang digunakan adalah penipu menghantar Whatsapp pada mangsa dan menyatakan sedang mencari duit syiling lama.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Supt Mohd Wazir Mohd Yusof menyatakan mangsa tertarik dengan tawaran setinggi RM 5,000.

"Mangsa tertarik dengan tawaran harga tinggi menyebabkan dia bersetuju menjual wang lama miliknya pada harga RM5,000 dengan persetujuan bayaran diselesaikan pada hari yang sama.

"Pada 1.26 tengah hari, suspek memaklumkan wang sudah dipindahkan ke akaun mangsa namun mangsa perlu membuat beberapa bayaran sebelum boleh mengeluarkan wang itu kerana melibatkan transaksi luar negara," katanya kepada pemberita.

Menurutnya juga, mangsa terpercaya dan telah memasukkan duit ke dalam empat akaun yang dibersikan oleh suspek. Transaksi telah dilakukan ebanyak 20 kali secara beransur-ansur dan jumlahnya bernilai RM 7,500.

Beberapa lama kemudian, dia berasa curiga selepas bayaran yang dijanjikan tidak pernah diterima membuatkan dia bertindak untuk melaporkan kepada pihak polis.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Sumber: Astro Awani