United Kingdom Ambil Balik 42 Kontena Sampah Haram Mereka

united kingdom ambil balik 42 kontena sampah haram mereka

42 kontena sampah jenis sisa plastic akan dihantar semula ke United Kingdom selepas mereka bersetuju untuk mengambil balik bahan buangan tersebut sejajar dengan Konvensyen Basel.

Satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan iklim Malaysia (MESTECC) berkata, pihak berkuasa dan ejen perkapalan sedang bekerjasama untuk menghantar balik kontena berkenaan.

49 kontena berkenaan telah tiba di Pelabuhan Pulau Pinang antara Mac 2018 dan Mac 2019 tidak mematuhi dokumen import yang diperlulan dan dianggap tidak sah.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin memuji tindakan proaktif kerjasama di antara Suruanjaya Tinggi Britain dengan MESTECC untuk membawa pulang kontena berkenaan.

Katanya, tindakan ini sebagai bukti bahawa pencemaran bahan plastic merupakan isu glogal yang memerlukan komitmet daripada pelbagai negara untuk menangani masalah tersebut.

Sumber: Astro Awani