Polis Jadi Bidan, Sambut Kelahiran Bayi Di Dalam Teksi

polis jadi bidan, sambut kelahiran bayi di dalam teksi

 

Anggota uniform di Malaysia ni bukan calang-calang. Kadang-kadang mereka menjalankan khidmat di luar bidang tugas mereka.

Baru-baru ini, seorang pegawai polis yang bertugas di Terminat Bersepadu Selatan telah menjadi bidan apabila dia menyambut bayi yang baru lahir di dalam sebuah teksi.

Kejadian berlaku ketika Lans Koperal N. Komathi, 27 sedang dalam perjalanan menuju ke transit hub. Tiba-tiba dia dihampiri akan seorang wanita yang sarat mengandung. Tidak menunggu lama, terus sahaja dia membawa wanita tersebut ke perhentian teksi.

Di dalam perjalanan menuju ke Hospital Tuanku Mukhriz, bayi di dalam kandungan hampir keluar. Dalam keadan tergesa-gesa Komathi terpaksa memberhentikan kenderaan tersebut.

Pegawai polis itu berjaya menyambut kelahiran bayi lelaki dengan berat 3.7 kilogram. Ibu dan bayi tersebut terus dihantar ke unit kecemasan hospital dan dikatakan mereka telah selamat.

Berita ini menjadi viral di media sosial apabila gambar Komathi bersama ibu dan bayi tersebut berlegar-legar di media sosial. Netizen memuji akan tindakan pantas yang diambil oleh pegawai tersebut.

Komathi berasal dari Perak dan dia memulakan tugasnya sebagai seorang anggota polis pada tahun 2016. Dia ditempatkan di TBS bermula bulan Mac tahun ini.

Tahniah dan terima kasih untuk Komathi kerana bertindak dengan pantas!

Sumber: NST