Padah Membuli! Lima Pembuli Termasuk Penolong Kanan Dan Bekas Pengetua Sekolah Diarah Bayar Wang Tuntutan Berjumlah RM 616,634.20

 

padah membuli! lima pembuli termasuk penolong kanan dan bekas pengetua sekolah diarah bayar wang tuntutan berjumlah rm 616,634.20

Buli antara satu jenayah yang perlu dipandang berat. Tidak kisahlah sama ada buli dari segi fizikal atau mental, kedua-duanya memberi impak yang besar kepada mangsa buli.

Demi menyedarkan masyarakat akan merbahayanya masalah buli, mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada lima pembuli, Penokong Kanan Hal Ehwal Murif dan bekas Pengetua diarah membayar tuntutan sebanyak RM 616,534.20 kepada seorang mangsa buli.

Mahkamah telah mendapati kesembilan individu didakwa telah bersalah sehingga menyebabkan kecederaan, tekanan perasaan secara berterusan dan juga pembelajaran pelajar tingkatan dua itu terjejas sekitar empat tahun yang lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Datuk Zainal Azman Ab Aziz, telah menjatuhkan hukuman selepas membenarkan tuntutan yang difailkan plantif menerusi bapa mangsa, Ahmad Fauzi Abdullah, 50.

Bukan itu sahaja, mahkamah juga mengarahkan tuntutan turut dikenakan kepada Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kerajaan Malaysia.

Kejadian buli itu telah berlaku pada 26 April 2015 yang lalu. Menurut laporan, mangsa telah dibuli dan dipukul selama tiga jam oleh lima pelajar senior.

Kesan daripada jenayah tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan koyak di selaput telinga kanan, kehilangan pendengaran, trauma, tekanan perasaan dan beberapa lagi kecederaan lain.

Bukan itu sahaja, mangsa juga turut mengalami tekanan perasaan secara berterusan dan pembelajarannya telah terjejas. Dia juga telah mengambil keputusan untuk berpindah ke sekolah baharu semenjak Julai 2015.

Menurut ibu mangsa, saman itu dibuat bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat akan bahayanya budaya buli sekiranya dibiar berlanjutan.

 

Sumber: Astro Awani