Monyet Curi Beg Wanita Berisi Wang RM 6, 000

Kejadian di Thailand, seekor monyet telah membuang beg seorang pelancong yang mengandungi wang sejumlah 50,000 baht (RM6,370) dari sebuah tebing selepas mencuri beg tersebut. 

Menurut laporan Daily Star, kejadian di Taman Negara Khao Phra Wihan, monyet liar itu dilaporkan telah mencuri beg seorang wanita kerana mencari makanan.

Tetapi, oleh kerana tiada,makanan di dalam beg tersebut, monyet itu melemparnya dari tepi tebing.

Pelancong berkenaan kemudian meminta bantuan untuk mencari beg tersebut kerana jumlah wang yang ada di dalam beg itu agak banyak selain dokumen pribadi nya juga ada di dalam beg tersebut. 

Pasukan mencari pergi ke kawasan tebing tersebut untuk mencari beg wanita berkenaan dan merakamkan usaha pencarian mereka secara penstriman secara langsung di Facebook.

Selepas menuruni tebing kira-kira 100 meter, beg itu berjaya ditemui dan dipulangkan kepada wanita berkenaan.
 

Sumber: Kosmo