Jangan Terlibat MLM Dengan Fingo-  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

 

jangan terlibat mlm dengan fingo-  kementerian perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna

Kalau korang tahu sesiapa yang terlbat dengan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dengan Fingo (M) Sdn Bhd, korang nasihatkan mereka jangan teruskan.

Benda ni pun dah dinasihatkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna kerana mereka telah memasarkan produk mereka di platform dalam talian e-dagang tanpa lesen.

Kata Timbalan Menteri Chong Chieng Jen,

"Kementerian hanya mengeluarkan lesen jualan langsung kepada Fingo untuk memasarkan lima produk mereka seperti yang disenaraikan di bawah melalui kaedah tradisional dan konvensional (melalui ejen atau secara bersemuka), dan bukan melalui aplikasi dalam talian atau e-dagang," katanya pada sidang media di sini pada Sabtu.

Lima produk yang dibenarkan dijual secara langsung ketika ini hanyalah  An-Nur Agar Shampoo, Sucian Dara, Sniper, 9030 Mix Honey with Cordyceps dan Lunia Bird Nest Ess Facial Mask.

Timbalan Menteri juga berkata mereka telah mendapat aduan daripada orang ramai bahawa merka akan menerima duit sekiranya mereka mengambil ahli baharu untuk syarikat tersebut dan boleh mendapat komisen apabila ahli-ahli membeli produk syarikat tersebut.

"Nasihat kementerian jika mana-mana skim MLM atau skim jualan langsung menjanjikan pulangan yang tinggi atas kerja yang minimum atau pulangan tinggi atas pengambilan ahli semata-mata, itu mungkin penipuan wang atau skim piramid yang bertentangan dengan undang-undang," katanya.

Kalau korang ada apa-apa maklumat tentang MLM dengan FIngo atau mana-mana MLM mencurigakan, korang boleh buat aduan melalui Whatsapp pada nombor 019-2794317 atau ke laman webnya e-aduan@kpdnhep.gov.my atau pergi ke mana-mana pejabat kementerian di seluruh negara.

Sumber: Astro Awani