Lagi 2,985 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan, Empat Kematian Baharu Dicatatkan

lagi 1,295 kes positif covid-19 dilaporkan, tujuh kematian baharu dicatatkan

Penularan COVID-19 di Malaysia nampaknya terus melebihi angka 2,000 kes sehari. Untuk hari semalam, 13 Januari, terdapat penambahan sebanyak 2,985 positif baharu. Daripada jumlah itu 2,983 daripadanya merupakan kes tempatan dan dua kes import.

Selain itu KKM juga turut melaporkan 994 kes sembuh baharu. Ini menjadikan jumlah kes sembuh keseluruhan adalah sebanyak 115,578 kes. Jumlah kes aktif terus meningkat dengan 32,377 kes di mana 197 kes di tempatkan di ICU dan 79 daripadanya diberi bantuan alat pernafasan. 

Bagaimanapun, terdapat empat kematian baharu yang dicatatkan sehingga semalam. Angka kematian telah bertambah menjadi 563 kes secara keseluruhannya.

Sumber: Instagram KKM

ARTIKEL BERKAITAN