Jufferi Jamari Cemas, Tindakan Seorang Lelaki Bakar Klinik

jufferi jamari cemas tindakan seorang lekaki bakar klinik
Kredit foto: Harian Metro

Pesilat Kebangsaaan, Jufferi Jamari cemas melihat tindakan seorang lelaki yang cuba membakar klinik kesihatan di Seri Kembangan Selangor.

Ketika kejadian, Jufferi menemani isterinya untuk sesi pemeriksaan kesihatan anaknya, kaget melihat suspek cuba bakar klinik itu dengan membakar telefon pintar dan ‘powerbank’.

“Saya lihat ada seorang wanita lari ke sebuah bilik bersama anaknya atas arahan doktor”

“Secara tiba tiba lelaki itu bakar telefon dan powerbank lalu dicampakkan ke satu meja berhampiran dengan bilik itu.

“Saya dan isteri bersama dengan orang ramai diarahkan keluar atas faktor keselamatan, mujur api itu berjaya dikawal dan tidak merebak,” katanya dihubungi Syok.

Menurut Jufferi sebelum suspek bertindak membakar klinik, difahamkan lelaki tersebut berselisihan faham dengan wanita terbabit dipercayai isterinya.

“Saya ada tanya doktor di klinik berkenaan apa yang terjadi, menurut kata doktor lelaki berkenaan ingin rebut anaknya daripada wanita itu,” jelasnya.
 

Oleh: Syahdin