JAKIM Anjur Solat Hajat Pohon Untuk Kesejahteraan Politik Negara

jakim anjur solat hajat pohon untuk kesejahteraan politik negara

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya telah mengeluarkan kenyataan bahawa jabatannya akan menganjurkan solat hajat di semua masjid utama di bawah pentadbirannya mulai hari ini.

Solat hajat tersebut diadakan bertujuan untuk memohon kepada Allah swt agar diberi petunjuk dan hidayah kepada politik negara agar kembali stabil. Selain itu, solat hajar ini juga bertujuan mendoakan supaya keamanan dan keharmonian seluruh masyarakat sentiasa terjamin.

Bermula hari ini, Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin akan mengadakan solat hajat sejurus Solat Fardhu Zohor. Selain itu, Ketua Pengarah JAKIM juga menyeru dan memohon kerjasama daripada semua masjid di bawah Jabatan dan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri untuk turut mengadakan solat hajat.

Sumber: Facebook JAKIM

ARTIKEL BERKAITAN