‘Jodoh Menyatukan Dan Ajal Telah Memisahkan Kita’ - Inai Dijari Masih Merah Isteri Sebak Suami Dijemput Ilahi

Jodoh dan ajal adalah rahsia terbesar Allah SWT, kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah SWT sahaja yang mampu untuk menentukannya dan kita perlu percaya yang segalanya datang dan ditetapkan olehNya.  

Begitu jugalah dengan apa yang terjadi kepada wanita ini, menerusi perkongsiannya di akaun Tiktok miliknya, dia baru sahaja kehilangan suami tercintanya dan lebih menyedihkan apabila suami wanita ini meninggal dunia selepas 26 hari mereka sah menjadi suami isteri. 

 

@cik_bungaofficial87

Hari Ke 22 TanpaMu Sebagai Suami... Sayang Rindukan Biey Sgt².... Sayang Tak Kuat Biey,Tika Inai Masih Merah Dijari Allah Lebih MenyayangiMu Jodoh Menyatukan Kite Tetapi Hari Ke 26 Bergelar Isteri Allah Memisahkan Kite Dgn Ajal Yang MenjemputMu Ke Negeri Abadi,..Al-Fatihah SyurgaKu...Rindu Yang Tak Akan Pernah Hilang...

♬ original sound - Doc70r

“Sayang rindukan Biey (nama panggilan suaminya). Tika inai masih merah di jari.

“Allah lebih menyayangimu,  jodoh menyatukan kita tetapi hari ke 26 bergelar isteri, Allah memisahkan kita dengan ajal yang menjemput mu ke negeri abadi. 

“Al-Fatihah Syurgaku...Rindu yang Tak akan pernah hilang…”, tulis kapsyennya. 

 

@cik_bungaofficial87

Terlalu MerinduMu...😢

♬ Salam Terakhir - Dato' Sudirman

Rata-rata komen netizen juga turut merasa sedih dengan kehilangan wanita ini dan mendoakan agar wanita ini terus kekal kuat menghadapi ujian ini. 

‘jodoh menyatukan dan ajal telah memisahkan kita’ - inai dijari masih merah isteri sebak suami dijemput ilahi

‘jodoh menyatukan dan ajal telah memisahkan kita’ - inai dijari masih merah isteri sebak suami dijemput ilahi

Sumber: Tiktok @CikBungaOfficial