‘Nampak Real’ - Gambar Adam Corrie Jadi Jenazah Buat Netizen Jadi Insaf

Ramai yang terkejut melihat gambar di Instagram pelakon Adam Corrie sedang dikafankan. Rupa pelakon tersebut tidak ubah seperti mayat sebenar! 

Tetapi rupa-rupanya Adam hanya berkongsi satu babak lakonan dalam sebuah drama yang dilakonkannya lebih 10 tahun lalu.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee)

Menurutnya, disebabkan pengalaman dikafan itulah, timbul rasa insaf dan sedih dalam dirinya.

“Ketika itu mulalah berkata-kata dalam hati, cukupkah amalan aku atas muka bumi?” kata Adam.

Menerusi perkongsian gambar ini juga, ramai netizen yang turut berasa insaf dan mula mengingati kematian.

“Terima kasih sebab mengingatkan kami yang ‘lena’ ini,” kata seorang netizen.

“Tiba-tiba rasa insaf bila tengok gambar ini,” kata seorang pengguna Instagram.

Sumber: Kosmo