Engineer Pakai Plastik Sampah Ke Supermarket, Tak Kisah Orang Pandang Pelik

engineer pakai plastik sampah ke supermarket, tak kisah orang pandang pelik

Seorang engineer dari Terengganu memilih untuk mengenakan plastic sampah ketika membeli barang di supermarket. Bukan tu je, beliau juga mengenakan penutup muka, ski goggles dan boot getah sebagai pelindung diri kepada wabak COVID-19.

Bapa kepada tiga orang anak ini berasal dari Kampung Bukit Payong. Biarpun menerima pandangan pelik daripada orang ramai namun dia langsung tidak mengendahkan perkara tersebut.

“Dalam situasi macam ni saya tak kisah apa orang nak cakap. Malah, ini adalah cara saya untuk mengingatkan orang lain supaya mengambil langkah-langkah untuk mencegah penularan wabak ini”

Zamakhyari berkata, beliau mengambil masa lebih kurang 10 minit untuk mengenakan pakaian tersebut dengan bantuan daripada anak-anaknya.

Sumber: BERNAMA