Diabetes Penyumbang Utama Kematian Rakyat Malaysia

diabetis penyumbang utama kematian rakyat malaysia

Kalau korang fikir diabetes hanyalah penyakit kebanyakkan dan normal, korang silap!

Untuk pengetahuan korang diabetes mellitus telah tersenarai sebagai satu daripada 10 penyebab utama kematian. Perkara ini disahkan secara perubatan oleh Buletin Perangkaan Sosial Malaysia 2019.

Menurut Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, penyakit hipertensi merekodkan kenaikan peratusan yang tertinggi iaitu sebanyak 73.2 peratus.

"Ini diikuti oleh Chronic lower respiratory diseases (59.5 peratus) neoplasma malignan kolon, rektum dan anus (39.7 peratus)," katanya.

Kalau korang nak tahu legit ke tak kajian ni, yang menjalankan kajian ini ialah Buletin Perangkaan Sosial Malaysia di mana mereka memaparkan statistic sosial terpilih yang menjadi indikator asas untuk mengukur kualiti hidup dan kesejahteraan penduduk.

Statistik lain pula, kematian kemalangan jalan raya pada tahun lepas menunjukan penurunan daripada 4,499 kematian pada tahun 2017 kepada 4,391 kematian pada tahun lepas.

Selain itu, statistic pendaftaran kenderaan baru juga meningkat dari 1.13 juta pada tahun 2017 meningkat kepada 1.22 juta pada tahun lepas. Wow, patutlah semakin banyak kereta dekat jalan raya!

Untuk pendidikan pula, terdapat 4.92 juta murid sekolah rendah dan menenagah di seluruh mnegara. Jumlah guru pula adalah sebanyak 416,886 di 10,486 buah sekolah di seluruh Malaysia.

Sumber: Astro Awani