Cuti Sekolah Datang Lagi, Rancang Perjalanan Dengan Bijak!

Sedar tak sedar hujung minggu ni dah nak Raya Haji dan cuti sekolah pun mula serentak jugak tauu.

Jalan raya mesti sesak dengan orang yang nak balik kampung termasuklah yang nak makan angin bersama keluarga.

cuti sekolah datang lagi, rancang perjalanan dengan bijak!

So, korang yang dah pasang niat nak jalan-jalan minggu depan, pastikan rancang perjalanan dengan bijak tau!

Waze jangkakan terdapat kenaikan 40 peratus kenderaan di jalan raya mulai hujung minggu ini sampai hujung minggu depan.

cuti sekolah datang lagi, rancang perjalanan dengan bijak!

Foto: Waze

Kesesakan juga dijangka berlaku di stesen minyak dan restoran makanan segera yang jadi tumpuan orang ramai semasa musim cuti. 

Lagi satu, jangan lupa tambah nilai kad 'Touch n Go' siap-siap tau sebelum mulakan perjalanan.

cuti sekolah datang lagi, rancang perjalanan dengan bijak!

cuti sekolah datang lagi, rancang perjalanan dengan bijak!

Sebab PLUS tidak sediakan perkhidmatan tambah nilai di lorong keluar di plaza tol dan perkhidmatan e-Wallet PayDirect pun tak boleh digunakan ketika ini.

Tapi jangan risau ada 10,000 pusat tambah nilai kad 'Touch n Go' di seluruh negara contohnya mesin ATM, R&R, stesen minyak dan kiosk layan diri.

cuti sekolah datang lagi, rancang perjalanan dengan bijak!Foto: kiosk tambah nilai 

Ingat, rancang perjalanan dengan bijak!

Kalau dah tersekat dalam kesesakan lalu lintas nanti, jangan kata kakak tak payung nasihat pulak tau.

Selamat bercuti!

Oleh: Izzati Amir