COVID-19: Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Dilanjutkan Sehingga 14 April

covid-19: tempoh perintah kawalan pergerakan dilanjutkan sehingga 14 april

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengadakan satu sidang media tentang penularan wabak COVID-19.

Dalam sidang media tersebut, beliau telah memaklumkan bahawa tempoh Perintah Kalawan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020.

“Sehubungan itu, kerajaan telah memutuskan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan akan dilanjutkan sehingga 14 April 2020. Saya memaklumkan pelanjutan tempoh ini lebih awal supaya saudara saudari lebih bersedia.” Maklumnya dalam sidang media tersebut.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya tidak pulang ke ibu kota semula.

“Anda yang berada di kampung tak perlu bergegas balik ke Kuala Lumpur hujung minggu ini. Duduklah dulu di kampung dan jangan ke mana-mana. Anak-anak yang sepatutnya balik ke asrama, tak perlu balik ke asrama lagi. Tunggu dulu.”

Selain itu, beliau juga memaklumkan bahawa keperluan makanan mencukupi untuk setiap orang. Jadi, korang semua tak perlu nak lakukan panic buying.

ARTIKEL BERKAITAN