COVID-19: Kerajaan Akan Jalankan Proses Nyah Cemar Di Seluruh Negara

covid-19: kerajaan akan jalankan proses nyah cemar di seluruh negara

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan akan menjalankan proses nyah cemar di seluruh negara.

Proses tersebut akan bermula pada hari Isnin ini di kawasan yang telah dikenalpasti sebagai berisiko tinggi. Proses ini akan diadakan dari rumah ke rumah terutama sekali di Projek Perumahan Rakyyat (PPR).

"Kita telah bersetuju kalau boleh proses nyah cemar itu dijalankan serentak di seluruh negara.

"Bermakna PBT di daerah masing-masing perlu laksana di kawasan masing-masing termasuk di jabatan kerajaan tetapi keutamaan di tempat-tempat awam kemudian barulah di kawasan perumahan," katanya dalam sidang media pada Sabtu.

Kata beliau juga, buat masa ini proses ini turut dijalankan di dua kawasan yang sedang berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di Simpang Renggam,

Selain itu, Ismail Sabri juga memaklumkan bahawa pihak DBKP dah pun menjalankan proses ini di sekitar Kuala Lumpur semenjak 23 Mac yang lalu.

Sumber: Astro Awani