COVID-19: Angka Kes Positif Baharu Cecah 100 Dan 11 Daripadanya Kes Import

covid-19: angka kes positif baharu cecah 100 dan 11 daripadanya kes import

Status COVID-19 di Malaysia pada hari ini menunjukkan peningkatan pada jumlah kes positif harian. Sehingga jam 12 tengah hari, 105 kes positif baharu telah dilaporkan kepada pihak KKM. 11 kes pula dikesan dan diklafikasikan sebagai kes import. Secara keseluruhannya, Malaysia telah mencatatkan 6,176 kes.

Sehingga hari ini juga, terdapat 1,747 kes yang masih aktif dirawat. Daripada jumlah itu, 31 kes telah ditempatkan di dalam ICU dan 12 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Jumlah kes sembuh harian juga meningkat dengan 116 kes. Secara kumulatifnya, KKM telah menyelesaikan 4,325 kes.

Dalam perkembangan yang lain, tiada kes melibatkan kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam. Maka, jumlah kes kematian kekal kepada 103 kes.

Sumber: KKM

 

 

ARTIKEL BERKAITAN