Bomba Berjaya Selamatkan Kanak-kanak 10 Tahun Dari Tingkat 20 Sebuah Bangunan

Bomba Berjaya Selamatkan Kanak-kanak 10 Tahun Dari Tingkat 20 Sebuah Bangunan

bomba berjaya selamatkan kanak-kanak 10 tahun dari tingkat 20 sebuah bangunan

 

Banda Operasi Mencegah Bencana Alam (BOMBA) satu badan uniform yang bukans sekadar menyelamat daripada bencana alam. Kiranya, ahli bomba ni semua benda boleh selamat.

Terbaru, seorang pegawai Bomba dan Penyelamat Larkin telah menyelamatkan nyawa seorang gadis berusia 10 tahun yang cuba terjun dari tingkat 20 sebuah bangunan.

Biarpun ini bukanlah kali pertama beliau mengendali kes cubaan bunuh diri, namun perasaan gementar dan panic itu tetap ada memandangkan mangsa masih berusia 10 tahun.

“Ini kes pertama membabitkan seorang kanak-kanak, tetapi sudah dua tiga kes yang melibatkan orang dewasa.”

“Kami menerima panggilan pada jam 4.01 petang. Awalnya kami tak pasti akan umur mangsa yang terlibat. Memandangkan kejadian berlaku berhampiran dengan balai bomba, maka dari bawah kami sudah dapat kenal pasti mangsa yang terlibat”  katanya kepada pemberita.

Ketika beliau tiba di tingkat 20 bangunan itu, Ismarul menyaksikan 2 orang pegawai polis sedang cuba bernegosasi dengan mangsa. Kemudian, beliau menawarkan diri untuk berunding dengan mangsa.

Selepas 15 minit berunding, akhirnya kanak-kanak perempuan itu mengambil keputusan untuk tidak terjun dari bangunan tersebut.

Berdasarkan laporan, kes itu terjadi selepas berlaku perbalahan di antara kanak-kanak perempuan itu dengan emaknya berkenaan isu telefon.

Apa-apa pun, tahniah dan terima kasih abang bomba!

 

Sumber gambar: The Star