Baru Habis SPM, Terus Berpesta Di Jalan Raya

baru habis spm, terus berpesta di jalan raya

Tak sampai 24 jam peperiksaan SPM tamat, beberapa tempat di Melaka telah dipenuhi dan dicemari dengan aktiviti tidak bersivik oleh sekumpulan pelajar.

Dilaporkan, mereka menunggang motosikal secara melulu sekitar pesisir pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir.

Bukan setakat tunggang moto secara melulu, diorang juga dikatakan membuat gangguan dekat tempat awam dengan bunyi bising.

Bukan tu je, kumpulan pelajar terbabit juga menunjukkan lagak samseng dengan menunjukkan pelbagai aksi di atas jalan raya sehingga pengguna lain terpaksa beralah dengan memberi laluan kepada mereka.

Selain daripada tu, diorang juga melakukan aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti merokok secara terbuka biarpun di kawasan awam.

Lebih mengejutkan, terdapat beberapa orang pelajar perempuan turut serta dalam kumpulan pelajar itu dan mereka turut melakukan perkara yang tak senonoh tersebut.

Pihak Astro Awani telah menghubungi Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri, Hassan Basri. Menurutnya, mereka telah mengeluarkan 17 saman kepada 17 pelajar atas pelbagai kesalahan.

Antara kesalahan yang dilakukan adalah tiada lesen memandu, road tax dah tamat tempoh dan pengubah suaian kenderaan.

Sumber: Astro Awani