Asyik Pergi Mall Je. Apa Kata Hujung Minggu Kita Tukar!

Buat apa hujung minggu ni? 

Kalau nak kelainan sikit jom ke Festival Kesenian & Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF)!

Berlangsung sampai Ahad ini, PIIACUF kali ini mengetengahkan keindahan seni muzik Islam. 

Punyalah banyak aktiviti untuk pengunjung yang dianggarkan 300,000 orang. 

asyik pergi mall je. apa kata hujung minggu kita tukar!

Ada 135 aktiviti kesemunya. Antaranya laungan azan dan bacaan Al-Fatihah berbeza. 

Mesti teruja kan nak dengar bacaan daripada pelbagai negara termasuk Asia Barat dan Eropah.

Korang jugak mesti seronok sebab ada teknologi 'augmented reality' untuk alatan muzik contohnya gamelan. Siap ada Hang Tuah dan Hang Jebat Maya lagi!

Apa bendanya itu? Ha, tu nak bagi pengalaman macam korang berada dalam dunia animasi. Nak tau lebih kenalah datang...hehehe.

Tu belum masuk persembahan kebudayaan pelbagai negara, persembahan dan demontrasi buat wayang kulit, jugak demontrasi buat songkok, khat dan kraf.

asyik pergi mall je. apa kata hujung minggu kita tukar!

Oh ya jangan tak tau, demontrasi Sila Hang Tuah pun ada. Mesti ada yang tak pernah tau kan sebab ni silat baru.

Cerita banyak pun tak sama macam mengalami sendiri jadi mehlah ke PIIACUF. 

Bawak sekali mak abah, adik beradik...errr jiran...nak bawak teman tapi mesra pun apa salahnya. 

Dapat kutip ilmu dan pengalaman baru sama-sama ðŸ˜‰

asyik pergi mall je. apa kata hujung minggu kita tukar!

asyik pergi mall je. apa kata hujung minggu kita tukar!asyik pergi mall je. apa kata hujung minggu kita tukar!asyik pergi mall je. apa kata hujung minggu kita tukar!

Oleh: KJ
Sumber berita dan gambar: Perbadanan Putrajaya