Polis Akan Kenakan Tindakan Terhadap Bengkel Yang Mengubah Suai Motosikal

 

polis akan kenakan tindakan terhadap bengkel yang mengubah suai motosikal

Kebelakangan ini ramai memuat naik akan motosikal mereka yang telah diubah suai di media sosial. Masing-masing mahu menunjukkan kecantikan dan kehebatan motosikal yang telah diubah suai.

Terbaru, pihak polis akan memanggil pengusaha bengkel dan kedai aksesori yang menyediakan perkhidmatan ubah suai kenderaan yang melanggar undang-undang.

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Dauk Seri Mazlan Lazim, kedai aksesori dan bengkel yang menawarkan perkhidmatan sedemikian memberi kecenderungan kepada pengguna untuk melakukan kesalahan.

Beliau juga berkata pihak mereka telah meneiliti akan perkara tersebut dan beberapa bengkel yang terlibat sudah dikenal pasti.  

Antara kesalahan sering dikesan oleh pihak berkuasa adalah penjualan ekzos motosikal yang pelbagai serta nombor pendadtaran tidak mengikut spesifikasi seperti yang ditetapkan atau fancy.

Sumber: Sinar Harian