Nak Gigi Putih Nampak Lagi Putih, Kena Lah Pandai Pilih Warna Lipstik

Lipstik antara solekan yang memang terkenal dikalangan wanita untuk dapatkan penampilan wajah yang lebih segar dan cantik. Kini lipstik ada pelbagai pilihan warna yang kadang kala membuatkan kita rasa susah sangat nak buat pilih. Kalau korang nak tahu pilihan warna lipstik dapat memberi efek yang ketara pada gigi, boleh nampak lagi putih dan menyerlah. 

nak gigi putih nampak lagi putih, kena lah pandai pilih warna lipstik

Warna pinkish nude sememangnya dapat memberi kesan natural. Pilih ‘shade’ yang berwarna pink, ia dapat membuat gigi nampak lebih putih. Kalau lipstik warna peach atau coklat ia akan memberi efek sebaliknya.

Warna plum ataupun ungu memberi kesan bold yang sesuai dipakai pada waktu malam. Penampilan akan kelihatan lebih classy, selain itu gigi akan nampak lebih putih

Warna classic red memang warna disukai ramai. Ia kelihatan menawan kalau dipakai di acara yang istimewa. Bukan saja nampak elegan tetapi juga nampak lebih segar sekaligus gigi nampak putih!

nak gigi putih nampak lagi putih, kena lah pandai pilih warna lipstik

Deep maroon juga membuatkan penampilan lebih bold dan elegan serta memberikan efek cerah pada gigi. Walaupun warna ini agak gelap tetapi contra warna ini dengan warna gigi dapat menaikkan lagi warna putih pada gigi.

 

Sumber: Hijabsta

Oleh: Khalie Azmi

ARTIKEL BERKAITAN