Cahaya Matahari Sebenarnya Boleh Buatkan Korang Tidur Nyenyak

Cahaya Matahari Sebenarnya Boleh Buatkan Korang Tidur Nyenyak

cahaya matahari sebenarnya boleh buatkan korang tidur nyenyak

Selalu kita dengar hal-hal buruk tentang cahaya matahari je kan?

Tapi, korang tahu tak sebenarnya cahaya matahari ni ada kebaikan yang tersendiri?

Sebenarnya, cahaya matahari boleh membantu korang untuk tidur lebih nyenyak. Kajian membuktikan sinaran matahari mampu merembeskan hormone yang dikenali serotonin.

Serotonin adalah hormone yang membangkitkan mood dan membantu seseorang menjadi lebih tenang serta fokus.

Selain itu, cahaya matahari turut menghasilkan hormone bernama melatonin. Hormon ini pula berfungsi untuk mengatur tidur dan ianya terletak di dasar otak.

Bagaimanapun, cahaya matahari yang baik hanyalah bermula dari jam 6 pagi hingga 9 pagi. Selepas waktu ni, jangan sesekali korang mendedahkan diri dengan cahaya matahari terutama sekali mereka yang menjaga kecantikan kulit.

Bukan tu je, cahaya matahari juga mampu membunuh bakteria yang berada di dalam rumah. Sebab itu lah kita disarankan untuk membina rumah yang mempunyai cahaya matahari yang mencukupi.

Sumber: Siakap Keli