“Sakitnya Ku Disini” - Tak Mengapa Ini Tips Untuk Anda Move On

“sakitnya ku disini” - tak mengapa ini tips untuk anda move on

Foto: Freepik

Move on senang? Siapa kata. Move on ini merupakan satu proses yang panjang untuk pulihkan hati yang terluka. Walaupun mulut berbuih-buih berkata “Saya okay” tetapi kenyataannya tidak semudah itu. 

Banyak cabaran yang anda akan harungi ketika proses pemulihan ini. Tetapi jangan risau, sini ada beberapa tips buat anda yang ingin move on. 

1. SAYANGI DIRI ANDA 
Ambil peluang pada waktu ini untuk menghargai diri anda. Berikan ruang untuk anda bernafas dan terima kenyataan. Lakukan aktiviti yang menggembirakan anda dan percaya pada diri anda. 

2. JANGAN STALK SOSIAL MEDIA “DIA”
Walaupun hati anda merindunya, tapi jangan sama sekali stalk si dia di sosial media. Ini akan membuat anda lebih susah untuk move on. Jika perlu, unfollow dia di semua platform supaya senangkan anda untuk move on.

3. LUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA DAN KAWAN
Jangan murung, ambil peluang ini untuk mengeratkan hubungan anda bersama keluarga dan kawan-kawan rapat. Keluar bercuti dan gembirakan hati anda. 

4. SIBUKKAN DIRI ANDA
Penuhkan jadual harian anda. Tukar rutin harian supaya anda tidak akan rasa bosan dan anda sentiasa ada something to look forward to setiap hari.

5. DELETE GAMBAR ANDA DAN DIA
Ini antara perkara yang paling susah yang anda akan lakukan sepanjang move on proses ini. Buang gambar dan video anda berdua satu per satu. Take your time.

6. PULIHKAN DIRI SECARA ROHANI
Ambil kesempatan ini untuk mendekatkan diri kepada Pencipta. Muhasabah diri dan tenangkan fikiran anda. Percaya bahawa cinta kepadaNya jauh lebih besar dan bermakna.

 

Sumber: sheknows